Kawan Baik Cik Cahaya ♥

Ahad, 20 Mei 2012

Rahsia Melalui Tulisan – Dr Fadzilah Kamsah


Pertama : Tekanan


  • Tekanan yang kuat
    • Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
    • Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif
  • Tekanan yang ringan
  • Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
  • Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit

Kedua : Bentuk Tulisan

  • Tulisan yang bulat-bulat
    • Semua huruf ditulis dengan bulat
    • Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)
  • Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
    • Tulisan yang angular dan sharp
    • Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)

Ketiga : Kecondongan

  • Condong ke kanan
    • Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani, pemurah
  • Condong ke kiri
    • Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka campur orang
  • Tegak
    • Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan tengah
  • Campur-campur
    • Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)
Keempat : Kerapatan


  • Jarang-jarang
    • Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.
  • Rapat-rapat
    • Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut
Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z


  • Ada ekor
    • Besar, panjang dan sempurna
      • Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan
    • Kecil, pendek dan tak sempurna
      • Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri
Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)

  • Tinggi
    • Tahap aspirasi tinggi
  • Rendah
    • Mudah berpuas hati, cita-cita rendah
  • Tengah-tengah
    • Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana



0 comments:

Catat Ulasan