Kawan Baik Cik Cahaya ♥

Isnin, 30 November 2009

Juz 4 Fun~~

Brake Bas

Ada seorg warga emas menaiki bas untuk pulang ke rumahnya setelah seharian
bersiar2…
Jarak diantara rumahnya dgn bus stand lmemakan masa lebih kurang 45 minit.
Setelah 10 minit di dalam bas, pakcik tersebut menekan loceng & xlama
selepas tu bas pun berhenti.. apabila melihat tiada penumpang yg turun maka
pemandu pun meneruskan perjalanan…
Pak cik tersebut menekan loceng bas berulang kali menyebabkan bas berhenti
banyak kali tetapi tiada penumpang yg turun. Kejadian tersebut menimbulkan
kemarahan pemandu bas..lantas pemandu tersebut memberhentikan bas dan
bertanya dgn nada yg marah.. “Siapa yg suka2 tekan loceng bas nie..hah!!!”
Apabila mendengar pertanyaan pemandu tadi..pakcik tersebut pun bangun &
mengangkat tangan menandakan dia yg melakukan perkara tersebut..
Pemandu : Kenapa pakcik menekan loceng..bila bas berhenti kenapa pakcik tak
turun??
Pakcik : Saya menekan loceng bukan nak turun tapi saya nak memastikan brake
bas terletak di mana, sekarang baru saya tau brake bas terletak di loceng
sbb bila saya tekan jer loceng..bas mesti berhenti..!!!



                          Cara-cara nak cover malu

1. kalo tersepak batu: Jangan terus bangun, sebaliknyer anda baring dan
trus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai…lepas tu baru bgn
bila takde org nampak..

2. kalo terjatuh beskal: cepat2 naik beskal anda semula dan jatuhla lagi
sehingga berkali-kali supaya org ingat anda saje2 buat lawak…

3. kalo terjatuh tangga: trus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang
berlawan dgn makhluk halus…

4. kalo terjatuh dlm longkang: pungutlah sampah yg ada sambil marah2 dgn
suara yg kuat, pasti org menyangka anda seorg yg amat prihatin terhadap
kebersihan….

5. kalo jatuh ketika nk naik bas: jeritlah kuat2..”oi! apa tolak2 ni?”
walaupun tiada org di blakang anda….kehkehkeh…

                        Sengau-sengau

Seorang lelaki yang sengau naik ke sebuah bas lalu bertanya kepada pemandu
bas
“Vang.. vas nih fegi hamfang ke…? ” (bang, bas ni pergi ampang ke?).
Pemandu bas itu berdiam diri. Marah kerana tidak dilayan, lelaki sengau itu
pun turun dari bas.
Seorang lelaki lain di belakang pemuda sengau tadi pun bertanya kepada
pemandu bas itu.
“kenapa awak diam tadi? kesian dia…”
Pemandu itu pun menjawab: “Masham mana haya nak hawab…. haya hun hengau
hugak.. hhanti hia hata haya hehek hia hulakk……..”
(macam mana saya nak jawab.. saya pun sengau jugak.. nanti dia kata saya
ejek dia pulak)….


                         Beli Mangga

Pada suatu hari ada seorang pembeli yang sedang tawar-menawar dengan
seorang penjual buah mangga.
Pembeli : “Bang, berapa harga mangga sekilo?”
Peniaga : “RM7!”
Pembeli : “Amboi, mahal sangat… RM5 sudah la!?”
Peniaga : “Tak boleh dik, harganya dah cukup murah tu.. lagi pun mangga
ni manis-manis!”
Pembeli : “Kalau tak manis, macam mana bang?”
Peniaga : “Kalau tak manis, tak payah bayar!”
Pembeli : “Kalau macam tu, bagi saya yang tak manis 10 kilo!”
Peniaga : “#$%@%&%????…

0 comments:

Catat Ulasan