Kawan Baik Cik Cahaya ♥

Rabu, 30 Mei 2012

LAWAK @ PELIK ?












p/S : mau gOlek2 cik cahaya tengok pic ni...hehehe

Ahad, 27 Mei 2012

Ibu kucing di buli anaknya


p/s : kesian sungguh si ibu kucing. Notty ye anak-anak kucing ni..hehehe

Sabtu, 26 Mei 2012

Bolehkah anda tinggal ditempat begini?

kalau korang, sanggup ke duduk kat tempat yang kotor macam ni? kalau cik Cahaya.. Sungguh xsanggup.. TIDAK!!!







Kalau korang, sanggop ke duduk kat tempat camni?

Jumaat, 25 Mei 2012

Cuba tenung gambar ni selama seminit


waaaaa....pening2.. korangf pening x? kalau pening cuba komen pic ni.. nak tau gak sapa yang pening..hehehe

Permainan yang tidak sesuai dengan anak-anak anda

Seriously xsesuai untuk kanak-kanak.. Permainan seperti ini boleh merosakkan pemikiran kanak-kanak.. Takot ada yang ikot aksi seperti mainan ini..











Selasa, 22 Mei 2012

Anda perasan tak?

Cuba anda perhatikan tulisan di pintu yang berada di sebelah kanan gadis tersebut. Perasan tak sesuatu?





Ahad, 20 Mei 2012

jAMBATAN UNIK~

wOWw...uNIK gila jambatan kayu ni...







P/S : Jangan marah ye.. senyum lebar2 sikit..hehehe

Menghayati Sejarah~

Pada 17 mei 2012 yang lepas Cik Cahaya & Mr A dok jalan2 pusing KL. Kitorg pOn gi tempat2 bersejarah.. Jangan Jeles ye Uollls..hehehe Untuk pengetahuan kawan2.. Mr A ni peminat sejarah.. Time sPm pon result Sejarah gempak.. kalau Cik Cahaya, result Sejarah time spM memamg agak keparit juga la..hehehe tp bukan xsuka, tp malas membaca, kalau disuruh mengira, Opkos Cik Cahaya dengan Rela hati tanpa paksa angkat Tangan dengan setinggi-tingginya..hehehe

Tempat yang kami pergi antaranya :

Muzium Negara
Muzium etnologi dunia melayu
Muzium Orang Asli
Muzium PDRM
Planetarium

Semuanya kami gi tempat2 yang xmempunyai budget yang beso.. semuanya FREE tau, cuma gi muzium je kene bayar.. Tu pon RM 2.00 je..hik3~ murah kan kan? Apa lagi. Try la gi..hehehe

Hari tu Cik Cahaya masakkan Untuk Mr A. Tp masak simple2 aje la.. Cik Cahaya Masak Ayam Kicap.. Nyummy3.. First time masakkan untuk Mr A tanpa bantuan sapa2..hehehe Suka tengok Mr A makan sampai habis..Yippi.. pasni nak masakkan lagi la.. Bior Mr A makan banyak2.. Ada potensi bg perot dia buncit x?ngeh3~

Happy sangat dapat jumpa Mr A. walaupon ada berita yang agak mendukacitakan... tp xpe.. Moga ALLAH mempermudahkan segalanya.. InsyaALLAH, ALLAH akan mempermudahkan perjalanan mereka yang hendak berkahwinkan? Doakan urusan Cik Cahaya & Mr A dipermudahkan ye kawan2... lebie u la uollss.. (*^-^*)

Ni ada pic kitorg jalan2.. hehehe






Mr A saya.. (*^-^*)

Cik Cahaya Yg Montel..hehehe

1. Kemb0ngkan pipi.
2. Blueeekkk~~
3. Cheeseeeee~~

p/s : Saya sayang dia.. Moga ALLAH mempermudahkan segalanya & hubungan ini berkekalan hingga ke syurga.. (*^-^*)

:: JODOH ♥♥ USAH MENCARI YANG "TERLALU SEMPURNA" ::


Jika kamu memancing ikan...
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu...
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja..
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan
mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga...

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU,
hendaklah kamu MENJAGA hatinya...
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja...
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu,
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia
begitu teguh... cukuplah sekadar keperluanmu...
Apabila sekali ia retak... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula...
Akhirnya ia dibuang...

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya,
mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi...
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya...
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan
janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa...
Anggaplah dia manusia biasa.
Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN,
bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya...
Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi,
yang kamu pasti baik untuk dirimu...
Mengenyangkan - Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..??
Terlalu ingin mengejar kelazatan... KELAK.. Nasi itu akan basi dan
kamu tidak boleh memakannya... Lalu kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan,
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU...
Mengapa kamu berlengah,
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..??
Terlalu mengejar kesempurnaan... KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA
apabila dia menjadi milik orang lain... Lalu kamu juga yang akan MENYESAL :')

Rahsia Melalui Tulisan – Dr Fadzilah Kamsah


Pertama : Tekanan


  • Tekanan yang kuat
    • Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
    • Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif
  • Tekanan yang ringan
  • Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
  • Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit

Kedua : Bentuk Tulisan

  • Tulisan yang bulat-bulat
    • Semua huruf ditulis dengan bulat
    • Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)
  • Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
    • Tulisan yang angular dan sharp
    • Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)

Ketiga : Kecondongan

  • Condong ke kanan
    • Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani, pemurah
  • Condong ke kiri
    • Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka campur orang
  • Tegak
    • Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan tengah
  • Campur-campur
    • Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)
Keempat : Kerapatan


  • Jarang-jarang
    • Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.
  • Rapat-rapat
    • Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut
Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z


  • Ada ekor
    • Besar, panjang dan sempurna
      • Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan
    • Kecil, pendek dan tak sempurna
      • Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri
Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)

  • Tinggi
    • Tahap aspirasi tinggi
  • Rendah
    • Mudah berpuas hati, cita-cita rendah
  • Tengah-tengah
    • Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana



Sabtu, 19 Mei 2012

8 Fakta Menarik Tentang Cinta

Kehidupan kita di dunia ini penuh dengan informasi. Kita dihujani pelbagai maklumat baik yang berguna dan juga yang negatif. Berita-berita negatif seperti peperangan, pembunuhan, jenayah dan seumpamanya memberi energi negatif terhadap pemikiran kita. Kita memerlukan cinta untuk mengimbangi energi negatif yang berada di persekitaran kita.




Disini dibawakan fakta cinta yang boleh menceriakan hari anda dan boleh digunakan inspirasi kepada hubungan anda.

1. Kajian otak manusia menunjukkan bahawa jika sesorang melihat dan merenung gambar orang yang disayanginya dalam tempoh yang lama, ia akan meransang bahagian ‘caudate’ otak – bahagian yang menghasilkan rasa kemahuan yang kuat (craving).

2. Lelaki yang mencium isterinya di pagi hari dikatakan akan hidup 5 tahun lebih lama daripada lelaki yang tidak melakukannya. (*^-^*)

3. 2 per 3 orang mengatakan bahawa mereka jatuh cinta kepada seseorang yang mereka kenal lama berbanding dengan seseorang yang mereka baru kenal.

4. 43% wanita tidak suka lelaki menulis ‘love’ atau ‘cinta’ di atas kad,email dan sms melainkan kata-kata tersebut disertakan dengan komitmen.

5. Seseorang yang baru jatuh cinta dan dilamun cinta akan mengeluarkan hormon serotonin yang sedikit, jumlahnya seperti tahap kandungan hormon orang yang dilanda penyakit obsesi terlampau. Sebab tu orang yang dilamun cinta memang kelihatan seperti orang gila

6. Mengikut kajian Dr. Helen Fisher dari Rutgers University, penulis buku ‘Why We Love, apabila seseorang baru berpisah (break up), dia akan berasa semakin sayang terhadap bekas pasangannya. Bahagian otak yang membuat kita rasa gembira terus aktif pada ketika ini. (Sebab tu lah kebanyakan pasangan yang baru berpisah tak boleh tahan perasaan sayang dan rindu sewaktu mereka masih bersama dulu)

7. Mengikut teori matematik, seseorang seharusnya bercinta/couple dengan sedozen orang sebelum menemui pasangan yang boleh dijadikan pasangan hidup sejati.

8. Ini akan mengejutkan anda : Cinta yang bahagia akan membuatkan kedua-dua lelaki dan wanita menjadi gembira. Semakin kuat komitmen mereka terhadap hubungan, semakin bertambah gembira mereka.
( Yup, Cik Cahaya semakin bahagia dengan Mr A )



10 Perkara Lelaki Patut Lakukan Pada Teman Wanita Sedang Period



1. Hadiah coklat kepadanya. pasti si gadia gembira menerimanya. sesungguhnya pemberian kamu itu menjadi ubat kepada emosi gadis kala itu
2. Nyatanya kehadiran PMS bukan waktu memutuskan hubungan. peranan lelaki perlu lebih memahami pasangannya. ikut rentak si dia dan layanlah dia sebagai seorang puteri sepanjang seminggu itu

3. Lelaki sering terkena leteran tentu mendapati kedatangan period teman wanita bukanlah hari yang paling indah. Cuba tumpukan perhatian lebih kepadanya dan jangan mendatangkan marahnya. ucapkan cinta dan pujinya cantik lebih-lebih.

4. Harap teman lelaki lebih memahami dan tidak mengemukakan apa-apa persoalan atau masalah dalam waktu begini. kejutan perlulah yang bermanfaat dan benar-benar menggembirakan.

5. kala si kekasih mula bertanyakan tentang badannya, jangan pula menambah bara dengan mengunkit dia makan makanan berlemak semalam.

6. sebaik-baiknya tarik kekasihmu dan bawa dia bersiar-siar. Udara segar mampu mengubah moodnya. jangan sekali-kali mengingatkan dia mengenai ketidakselesaannya.

7. jangan bangkang jika dia mengutarakan masalah kamu masih merokok walaupun sudah berjanji mahu berhenti, atau baju kamu bertaburan di lantai, kerana saat begini memungkinkan dia meninggikan suara

8. Adakah lebih baik kamu pelajari kehadiran period wanita kerana kamu akan sehidup semati dengan isteri atau bakal isteri. barulah bahagia dan serasi hidup.

9. bagi suami, belailah isteri jika dia dalam kesakitan. dodoi isteri agar dia lebih tenang. Manakala sang kekasih pula, bisikan kata-kata manis di telingannya menerusi telefon jika dia rasa kurang selesa.

10. Dengan kehadiran kamu wahai lelaki yang sangat memahami, ia baka meringankan lagi tekanan wanita.

Jumaat, 18 Mei 2012

Bahaya Tuala Wanita Dan Tampon Pakai Buang



Dalam dunia moden kita kini, amat mustahil mahu mencari sesuatu yang betul-betul “selamat” dan tidak memudaratkan. Dengan adanya kuasa-kuasa besar syarikat korporat yang mahu menjual pelbagai jenis produk dan jenama – semuanya atas dasar keuntungan, dengan menjaja nama “kemudahan, penjimatan dan teknologi”.


Tetapi benar kah? Terlalu banyak produk pakai buang (disposable) yang berebut-rebut mahukan perhatian di pasaraya dan di iklan televisyen/surat khabar/majalah. Produk-produk sebegini digelar Fast Moving Consumer Goods (FMCGs), di mana ianya mempunyai jangka hayat yang pendek (pakai & buang) dan memberikan faktor kemudahan kepada pengguna. Kita pula terlalu sibuk dengan kehidupan seharian dan mahu menjimatkan masa sebanyak mungkin sehinggakan tidak terfikir akan bahaya yang mungkin ada pada produk-produk seperti ini.

BAHAYA PRODUK PAKAI BUANG (DISPOSABLES)



Dioxin (Proses Pemutihan)

Tuala wanita, tampon dan lampin pakai semuanya berwarna putih, bukan? Ini kerana majoriti produk-produk ini melalui proses pemutihan kain kapas (bleaching) yang menggunakan bahan kimia bernama Dioxin. Jumlah akhir Dioxin yang wujud mungkin kecil, tetapi bahan kimia ini boleh berkumpul di dalam badan kita kepada jumlah yang berbahaya selepas penggunaan yang berterusan. Cuba bayangkan, kaum wanita menggunakan produk-produk sebegini setiap bulan semenjak remaja sehingga menopaus, berapa banyakkah Dioxin yang akan berkumpul dalam badan kita?

Dioxin dikaitkan dengan penyakit-penyakit seperti: Endometriosis, Keradangan pelvik, Kanser payu dara, Kanser ovari, Kecacatan bayi, Keguguran, Masalah kesuburan, Diabetes dan Kerosakan sistem imun.

Produk-produk yang diperbuat daripada bahan sintetik rayon (untuk fungsi penyerapan lebih) juga mempunyai Dioxin.


Bahan Kimia dari Racun Serangga
Tuala wanita, tampon dan lampin pakai buang diperbuat dari kapas. Tanaman kapas ini disembur dengan bahan kimia seperti racun serangga dan pembunuh kuman yang mempunyai bahan kimia bernama Furan. Bahan kimi ini juga kekal dalam produk-produk ini dalam jangka masa yang lama dan boleh berkumpul dalam badan kita.

Furan dikaitkan dengan: Kecacatan bayi, Bayi pra-matang, Kemandulan, Gangguan fungsi thyroid, Gangguan kestabilan hormon, Diabetes dan Endometriosis.

Bahan Plastik, Pewangi Dan Penyah-Bau (Fragrances & Deodorants)

Pewangi & penyah-bau ditambah semasa pemprosesan untuk “mewangikan dan meyamankan” keadaan. Ianya boleh menyebabkan alergi kulit dan mengganggu kestabilan vagina.

Plastik yang digunakan untuk lapisan “dry weave” atau “dry feel cover” boleh menyebabkan alergi kulit, infeksi vagina dan kegatalan.


Penggunaan Tampon: Toxic Shock Syndrome (TSS)

Penyakit ini amat biasa kepada pengguna tampon. Jika tampon digunakan untuk waktu yang lama, bakteria Staphylococcus aureus akan tumbuh di dalam vagina, dan ianya membebaskan toksin dan bahan beracun ke dalam saluran darah.

TSS sangat bahaya! Ia boleh menyebabkan tekanan darah turun secara mendadak dan lebih teruk, kematian!

Tampon juga mungkin boleh menyebabkan: Cirit-birit, Muntah-muntah, Pening dan Demam.


Bahan-bahan yang Tidak Diketahui

Kebanyakan produk pakai buang dibuat di negara China dan India (untuk jimat kos lah, apa lagi?) Bahan-bahan dan cara pemprosesan mungkin tidak diiktiraf, tidak dijalankan pemeriksaan dan diberitahu diberitahu umum. Kita tak akan tahu apa lagi bahan-bahan kimia lain yang ditambah ke dalam produk-produk ini!


Tiada Tarikh Luput

Tuala wanita, tampon dan lampin pakai buang juga tidak ada jangka hayat atau “expiry date.” Kita tidak tahu bila ianya dihasilkan, dan berapa lama ianya sudah berada di dalam pasaraya. Mungkin sudah berbulan atau bertahun! Apakah kesan menggunakan produk-produk yang sintetik, dan juga mungkin telah luput?

Kesemua fakta di atas dipetik dari sumber dari internet. Untuk kepastian, kita boleh lah bertanyakan lebih lanjut dengan pakar kesihatan atau doktor peribadi. Namun begitu, dengan informasi yang telah ada, adakah kita masih mahu menggunakan produk-produk yang mungkin membahayakan kesihatan kita ini?



Rabu, 16 Mei 2012

SERAI PENAWAR KANSER !!!!

Penemuan israel yang disembunyikan !!!.

MESTI BACA !!!



Buat pertama kali, Benny Zabidov seorang petani dari Kfar Vedidya, Israel memiliki sebuah ladang di desa yang ditanam dengan pelbagai rempah ratus tetapi tidak memahami kenapa terlalu ramai pesakit kanser dari seluruh pelusuk negara datang untuk menemuinya hanya untuk mendapatkan bekalan serai segar di ladang milik beliau.

Beliau diberitahu oleh pesakit-pesakit tersebut telah dihantar oleh doktor-doktor mereka untuk mendapatkan bekalan serai segar dari ladang beliau bagi kegunaan perubatan.


“Pesakit-pesakit ini juga disarankan meminum sebanyak lapan gelas air panas yang direndam bersama serai segar pada hari mereka akan menjalankan radiasi dan rawatan kemoterapi,” kata Zabidov kepada pihak ISRAEL21c. “Inilah tempatnya diseluruh Israel dimana kita boleh memperolehi serai yang segar.”

Semua ini berlaku pada tahun lepas apabila para penyelidik di Universiti Ben Gurion, Negev menemui kandungan bauan atau aroma lemon didalam rempas ratus seperti serai dapat membunuh sel-sel kanser tanpa merosakkan sel-sel lain yang sihat didalam badan pesakit.


Pasukan penyelidik ini diketuai oleh Dr. Rivka Ofir dan Prof. Yakov Weinstein, kini adalah orang-orang bertanggungjawab di Katz Chair di dalam (cell-differentiation and malignant diseases) daripada Jabatan Microbiologi dan Immunologi di Universiti Ben Gurion (BGU).


“Citral” ada kunci utama yang memberikan rasa dan bauan seakan lemon didalam sebahagian jenis herba atau rempah ratus seperti serai (Cymbopogon citrates), melissa (Melissa officinalis) dan verbena (Verbena officinalis).


Menurut Dr. Ofir, hasil daripada penyelidikan mendapati “citral” akan menyebabkan sel-sel kanser ini “membunuh diri sendiri” dengan mengunakan “apoptosis”, sejenis mekanisme yang dikenali sebagai sistem sel mati. Hanya dengan meminum sebanyak satu gram air rendaman serai segar sudah cukup untuk “citral” telah memaksa sel-sel kanser membunuh diri didalam bekas kajian.


Para penyelidik di Universiti Ben Gurion (BGU) memeriksa keberkesanan”citral” ini pada sel-sel kanser dengan memasukkannya pada kedua-dua jenis sel iaitu sel-sel kanser dan sel-sel yang sihat dan dibiarkan membiak dalam bekas kajian. Quantiti “citral” yang dimasukkan adalah satu gram sama seperti kandungannya didalam secawan teh panas yang direndam bersama serai dan didapati “citral” ini hanya membunuh sel-sel kanser sahaja manakala sel-sel sihat tidak mengalami sebarang kerosakan.


Penemuan ini telah dipaparkan didalam sebuah journal sains iaitu “Planta Medica”, dimana journal ini mengetengahkan tentang penyelidikan sampingan atau alternatif dan kegunaan rempah ratus. Sejurus selepas penemuan ini berjaya, ianyanya dipaparkan sekali lagi didalam surat khabar yang paling popular di Israel.


Bagaimana “citral” ini berfungsi? Tiada siapa pun ketahui akan tetapi para penyelidik dari Universiti Ben Gurion (BGU) mempunyai teori terhadapnya.

“Dalam sel didalam badan kita, terdapat satu sistem gen yang mengawal sistem sel-sel mati. Sekiranya sistem tersebut salah, sel-sel didalam badan kita akan membahagi dengan tidak menentu dan seterusnya menyebabkan terbentuk sel-sel kanser. Didalam sistem sel-sel yang sihat, sekiranya sistem tersebut tidak berjalan dengan betul – sebagai contoh, bila mendapati sel-sel tersebut mengandungi gen-gen yang rosak maka sel-sel tersebut akan menjadi sel-sel mati didalam badan,” kata Weinstein. “Penyelidikan ini berupaya untuk menjelaskan kita tentang kebaikan serai”.


Kejayaan dari hasil penyelidikan ini telah menemui satu kesimpulan bahawa serai mengandungi “citral” yang menjadi bahan untuk menentang sel-sel kanser didalam badan kita.


Apa yang diketahui dari hasil penemuan oleh Universiti Ben Gurion (BGU) didalam akhbar, ramai ahli-ahli fizik di Israel mulai sedar dan penyelidikan ini perlu dikaji dengan lebih dalam lagi, doktor juga menasihati pesakit-pesakit dan kepada mereka yang memerlukannya untuk melawan penyakit ini.

Tidak hairan mengapa ladang Zabidov iaitu sebuah ladang serai yang terbesar di Israel menjadi tempat tumpuan kepada pesakit-pesakit kanser. Mereka amat bertuah kerana ada insan yang bersimpati dan menghulurkan bantuan. Menjadi kebiasaan bagi Zabidov menyambut kedatangan pelawat-pelawat dengan menyediakan sebuah cerek besar air teh serai dan sepiring biskut serta kata-kata semangat buat mereka.


“Bapa saya meninggal kerana kanser dan kakak isteri saya meninggal pada usia yang muda juga disebabkan kanser,” kata Zabidov. “Jadi saya paham apa yang dialami atau dirasai oleh mereka. Mungkin saya tidak tahu mengenai ubat-ubatan tapi saya adalah seorang pendengar yang setia untuk mereka. Adakalanya pesakit-pesakit ini juga mencerita kepada saya tentang rawatan mereka yang mahal dan sakit serta apa yang telah mereka lalui selama ini. Saya juga tidak pernah memberitahu mereka daripada berhenti untuk berubat dan adalah terbaik sekiranya mereka sentiasa mendalami kaedah-kaedah sampingan yang sedia ada serta membiasakan diri untuk meminum teh serai ini setiap hari.”


Dari umur muda lagi, Zabidov sudah berminat dengan pertanian. Dalam usia 14 tahun beliau sudah memasuki Sekolah Tinggi Pertanian Kfar Hayarok. Sejurus beliau tamat perkhidmatan dalam tentera, beliau menyertai satu kumpulan dan mereka menuju ke selatan, suatu daerah padang pasir yang dikenali sebagai Arava dan menemui tempat yang sangat sesuai untuk pertanian iaitu Tsofar.


“Kami semua sememangnya berjaya, kami menanam pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran disitu,” sambil tersenyum beliau berkata,”kami dapat membesarkan anak-anak yang comel juga.”


Dalam lawatan beliau ke Europa pada pertengahan tahun 80 an, beliau mula berminat dengan rempah ratus. Pada masa yang sama, Israel tidak memperdulikan masakan timur seperti sekarang dan hanya beberapa jenis rempah ratus sahaja yang ditanam secara meluas seperti pasli, jintan dan ketumbar.


Berjalan-jalan di pasar sekitar bandar Paris dan melihat kepelbagaian jenis herba serta rempah, Zabidov menyedari semua ini mempunyai potensi yang baik jika dipasarkan ke seluruh pelusuk negaranya. Beliau membawa pulang beberapa jenis rempah ratus ke negaranya, “dimana ini adalah satu kesalahan,” katanya sambil tersenyum dengan rasa bersalah, untuk melihat bagaimana rempah ratus ini tumbuh di ladangnya kelak. Tidak lama kemudian, beliau menanam selasih, oregano, tarragon, sawi, sage, marjoram dan melissa serta beberapa jenis pudina.


Perniagaan beliau mulai berkembang dan beliau telah membuat keputusan untuk berpindah menuju ke utara, Kfar Yedidya adalah sebuah tempat yang sangat sesuai, perjalanan yang mengambil masa lebih kurang satu jam setengah dari Tel Aviv. Sekarang, beliau dapat memasarkan ratusan kilogram serai dalam masa seminggu dan juga menandatangani perjanjian dengan pengedar untuk membungkus untuk diedarkan ke seluruh pusat-pusat makanan kesihatan di negaranya.


Zabidov juga mendalami tentang serai ini dan kebaikkan “citral” untuk membantu para pelanggan beliau mengetahui lebih lanjut serta menjemput beberapa penyelidik perubatan ke ladangnya, memberi penerangan bagaimana dan kenapa “citral” berfungsi.


Beliau juga berasa bertanggungjawab untuk memberi tahu kepada para pelanggannya tentang kebaikkan serai. “Apabila saya menyedari apa yang berlaku, saya terus menelefon Dr. Weinstein di Universiti Ben Gurion kerana ada diantara para pelanggannya bertanyakan apakah cara yang terbaik untuk menggunakan “citral” ini. Dr Weinstein memberitahu adalah baik sekiranya serai direndam didalam air panas dan meminumnya sebanyak lapan gelas sehari sebagai amalan.”


Zabidov sangat berpuas hati dengan pennemuan penyelidikan ini bukan disebabkan keuntungan bisnis tetapi kerana ianya dapat meningkatkan tahap kesihatan beliau sendiri.


Walaupun berita tentang penemuan ini disiarkan, beliau dan keluarga juga sememangnya sudah mengamalkan minuman air rendaman serai ini bertahun lama, “kerana rasa airnya yang sedap.”


Jom tengok resipi Air Serai Berlimau yg simple jer ni dan selamat mencuba :)



AIR SERAI BERLIMAU

resipi : K.Nor@SecubitGaram



Bahan:

1 batang serai (kalau serai yg kecik guna 2 btg)
1 biji limau kasturi
1/2 sudu besar gula ~ tambah jika nak lebih manis
250ml air panas mendidih



Cara:

Ketuk bahagian pangkal serai hingga pecah2.
Letakkan kedalam gelas dan masukkan gula.
Tuang air panas mendidih dan kacau gula menggunakan serai.
Biarkan hingga suam2 panas (boleh diminum) dan perahkan limau kasturi.
Kacau dan sedia utk diminum.


Ahad, 13 Mei 2012

Segmen : Up Follower & Tambah Kenalan

Hye semua.. Hari ni cik Cahaya kerja..hehehe ni sebelom balik kerja.. dok terjah blog kawan2.. jumpe plak Segmen : Up Follower & Tambah Kenalan ni.. Cik Cahaya pon Join la.. Nak tambahkan kenalan...hehehe




P/s : Klik Gambar ye kalau nak jOin..hehehe


Opkos la Cik Cahaya Anak Kelahiran J.O.H.O.R..
(Sapa yang sama, sila angkat tangan...hehehe)

Follower Yang Kiut miut CiK Cahaya : 124 org
( Mai la follow)hehehehe (*^-^*)

Bagaimanakah Meluahkan Bicara Romantis Untuk Si Dia ♥


Wow! Sangat romantis apabila anda dengan rasa tulus menyatakan perasaan cinta anda terhadap si dia. Waktu itu terasa dunia ini seperti anda yang punya. Sangat-sangat teruja dan indah tika dirinya mula tersenyum manis dan membalas bait-bait cinta anda itu. Maka anda akan tersenyum tanda puas.

Anda pasti menginginkan perhubungan yang sentiasa harmoni dan saling menyayangi antara satu sama lain. Cinta tidak mungkin hadir dengan sendirinya tanpa ada yang cuba mencuitnya. Malah tidak akan ada tindak balas sekiranya si dia juga merasai apa yang anda rasakan.

Bagaimanakah meluahkan bicara romantis untuk si dia? Jom kita ketahui antara ungkapan yang boleh menarik perhatian si dia.



Saya Sayang Awak Selamanya

Itulah yang sering menjadi penanda aras dalam perhubungan antara anda dan dia. Ungkapan ini jelas menunjukkan bahawa anda ingin perhubungan itu terus sedar dan sentiasa dibajai dengan kata-kata romantis. Anda haruslah mengingatkan dirinya bahawa cinta anda itu suci dan tiada siapa yang dapat menggantikan tempat anda hatta orang itu hadir selepas diri anda.



Hanya Awak bertakhta di hati ini

Aduh, hati terbius saat ungkapan ini lahir tanpa paksaan! Mendengarkan madah cinta ini sahaja mampu memperlihatkan bahawa anda benar-benar serius menjalinkan hubungan cinta dengan dirinya. bagi anda, dia umpama bintang yang menyinari kehidupan anda keseluruhannya. Oleh itu jangan segan silu untuk mempamerkan rasa sayang anda itu.



Sayang Suka cara abang menyayangi sayang!

Phewit, ini kalau kekasih hati dengar terus si dia tidak jadi nak marah! Apa tidaknya, anda betul-betul membeli jiwanya sepenuh hati. Tidak ada salahnya jika sekali sekala anda meluahkannya dengan cara yang paling sukar ditunjukkan, memandangkan anda seorang yang agak pemalu. Kata-kata ini mampu memberikan inspirasi kepada si dia untuk terus mengekalkan cara si dia menyayangi anda itu.



Sukanya Bila Awak manja!

Eh, nampak macam kebudak-budakan tetapi sebenarnya tidak. Ini salah satu cara untuk anda mengeratkan hubungan dengan si dia. Mungkin ada sesetengah sikapnya itu kadangkala nampak manja dan sukar untuk dipamerkan. Hanya pada masa-masa tertentu sahaja anda boleh melihat si dia beraksi manja dan menjadi orang yang berbeza daripada dirinya. Apa salahnya anda memuji caranya itu. Mungkin dia senang dengan cara anda.



Cinta awak sampai ke syurga

Ungkapan ini penuh bermakna sebenarnya. Setiap orang yang bercinta pasti mengimpikan percintaan mereka berkekalan hingga ke syurga bukan hanya di dunia semata-mata. Hati lelaki mana yang tidak tergugat saat anda melafazkan puitis cinta buat dirinya. Mungkin dengan hanya anda melafazkan ayat ini membuatkan si dia terharu lalu menganggap anda benar-bernar ingin mengakhiri kehidupan anda bersama dirinya.



Awak sangat romantis bila…

Ops, sesuaikah menuturkan kata-kata ini? Atau anda sentiri tidak tahu saat si dia romantik dengan anda? Bunyinya sangat kelakar namun apabila anda menghayati cara si dia melayani dan meluahkan perasaanya terhadap anda, pasti anda akan merasakan diri anda yang paling beruntung kerana memiliki dirinya. Lelaki agak sukar mempamerkan rasa sayangnya terhadap anda. Malah hanya seketika sahaja mereka boleh berkeadaan seperti itu, Sebolehnya anda peka dengan keadaan dimana si dia mula meluahkan kata-kata romantis itu.



Bila tengok binatang, pasti ingat sayang!

Wow, romantiknya saat mendendengar ayat penuh puitis ini! Kalau anda menyatakan ini kepada sang arjuna, pasti si dia akan tersenyum dan menghargai cara anda mengingati dirinya. Bukan mudah untuk seseorang itu melakarkan lukisan hatinya melalui deria rasa. Hanya mereka yang menghayati cinta sahaja tahu untuk melakarkan lukisan hati buat insan tersayang. Mungkin anda juga salah seorang daripadanya.



Saat Awak kesedihan, saya turut bersedih

Luahkan saja apa yang terbuku dihati anda tika itu. Andai kata anda melihat dirinya pada ketika itu sedang bersedih, jangan segan untuk memberitahunya. Mungkin cara anda ini akan mengurangkan rasa sedih yang melanda jiwanya. Seperti lirik lagu ini, “Jika kau senyum ku gembira, jika kau sedih ku menangis, bagai taman rindukan kembang, ku rindu wajahmu oh sayang”. Lirik ini jelas menunjukkan bahawa jika si dia bersedih anda pula orang yang paling sedih berbanding dirinya. Kenapa? Ini kerana anda amat menyayangi dirinya.



Saya perlukan cinta awak. baru hidup saya bermakna

Ini ungkapan paling istimewa buat sang arjuna pujaan hati anda. Mungkin bagi anda ia agak keterlaluan namun di sebalik kata-kata ini tersimpan 1001 makna yang sukar ditafsirkan oleh sesiapa. Hanya anda dan si dia sahaja memahami istilah ini. Oleh itu jalanilah perhubungan itu dengan penuh sabar dan tabah. Anda perlu yakinkan si dia bahawa anda benar-benar mencintai dirinya. Pasti si dia tidak akan berpaling daripada anda. Percayalah!



Degupan jantung ini menandakan cinta saya teruys bernyawa

Alangkah indahnya saat anda atau si dia menerima ungkapan ini. Ia sangat berharga kerana anda betul-betul menghayati ceritera cinta antara anda berdua. Selagi anda hidup, selagi itulah cinta anda akan terus bernyawa hanya untuk dirinya. Sungguh pun anda dilihat kurang menyatakan atau meluahkan kata-kata cinta untuk di dia mungkin dengan cara ini mampu menyentap seluruh jiwanya untuk terus menyayangi anda. Si dia pasti akan menghargai anda selamanya!.



Ungkapan “saya sayang awak” itu cukup memperlihatkan bahawa anda betul-betul menyayanginya setulus hati. Ungkapkan rasa syang ini melalui bicara romantis hasil lukisan hati anda sendiri. Apa-apa pun anda perlulah ikhlas menyatakannya dan bukanlah dipaksa-paksa. Semoga hubungan anda dengan si dia berkekalan dan bahagia selamanya


Sumber : Nota Hati ♥

Jumaat, 4 Mei 2012

pENdrive Vs MaKanan...

hUrMmmm... paling lemah kalau tengok Pic Makanan.. sebab apa? nak tau ke? hehehehe Opkos la untuk Cik Cahaya Yang Bernafsu makan Macam Dinasor T-rex kat bawah ni..hehehe

Bile tengok gambar makanan yang nmpak lazat ni.. Mula la rasa terliur ala2 pic kat bawah ni..hehehe

Agak melampau x terliurnya?hahaha(ala2 gelak jahat)... Tp boleh di katakan terliur camni la..hehehe jadi, Cik Cahaya xnak la terlebih terliur..hehehe jadi korg layan la pic pendrive ala2 makanan ni.. Terliur Cik Cahaya..hehehee


pendrive biskut (=


Eh..ni apa ek? mcm puding roti je..hehehe (=


Mak aih, beso betol pendrive kobis ni..hehehe

Wahhh.. Pendrive donut.. nak yang coklat.. hehehe  (=


Pendrive beger.. nyummy3~


pendrive pizza.. Sapa nak angkat tangan..!!hehehe


Ni Pendrive udang tempura kan?hehehe~


Ni pendrive sushi..(lupe lak jenis apa)hehehe


Pendrive sushi..ngeh3


Comey... pendrive Tembikai... wat jus pon boleh ni..hehee


Pendrive strawberri..(bleh celop coklat cair ni)hehehe