Kawan Baik Cik Cahaya ♥

Isnin, 30 April 2012

6 SEBAB BERUNTUNGNYA PEREMPUAN MEMPUNYAI RAHIM





  • Dia bekerja dengan Allah..jadi 'kilang'manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

  • Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

  • Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi, seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..
  • Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

  • Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

  • Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA.......

Ahad, 29 April 2012

hAPpy birthDay t0 mE.


Happy Birthday To Me
Happy Birthday To Me,
Happy Birthday To Me,
Happy Birthday To Nor Diyana Marlan,
Happy Birthday To Me,

P/s : Kek Dari pakcik Go0gle..hehehe


Alhamdulillah, dengan izin ALLAH s.w.t cik cahaya masih di beri nikmat hidup di dunia pinjaman ALLAH ni.. Hari ni genap umurku...... (rahsia boleh x?)hehehehe~~ tahun ni genap umor 25Tahun(kecikkan, bior org xnampak sangat)hehehe.. wahhhhh...dah suku abad..tibe2 check pipi.. ada kedot x?hehehehe~~

Cik Cahaya sangat berterima kasih kat mak & abah.. Tanpa mereka, Cik cahaya xda pon..huhuhuu thanks kat adik2, kawan2 dan insan teristimewa dalam hidup Cik Cahaya...... Mr A a.k.a Incik Azlan Syah si Cinta Hati Saya..hehehe


Impian Cik Cahaya Bila dah Meniti hari yang semakin comey a.k.a lebih tua ni...hehe(*^ -^*)

  • Membantu meringankan beban keluarga..
  • Lebih mematangkan diri..hehehe
  • Menjadi Isteri yang SAH untuk incik AZLAN SYAH BIN SULEIMAN..InsyaALLAH.. Doakan untuk Cik Cahaya sekali ye...(*^ -^*)  <3
  • Nak sambung Belajar... Chaiyok2


pIC Terkini.. 29/04/2012.hehehe Peace..(*^-^*)

Jumaat, 27 April 2012

ayat-ayat power lepas kawin.. cam betul je..~~hehehe


Sebelum Tido:
6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah ya, mmmuahhhhh.
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah... Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!

Pakai Toilet:
6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan: Lama lagi ke ke kt dalam nih?
6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pi lah gunung ledang sana !!!

Balas SMS:
6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang...
6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: K..

Dating process:
6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???

Pulang Kerja:
6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih...
6 bulan : I'm BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??

Hadiah (ulang tahun):
6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni
6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah.
6 tahun: pakai duit u sendirilah apa yg U nak.. i takde duit.

Telefon:
6 minggu: Baby, ada org call u nih..
6 bulan: Eh... Your call...
6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH.... ANGKAT AAAAAHHH!!!

Masakan:
6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak.Rasa pun sedappp...!!!
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?

Memaafkan:
6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh?
6 bulan: Hati-hati la, nanti jatuh tuh..
6 tahun: Orang dah ckp byk kali pon tak paham!!

Baju baru:
6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu..
6 bulan: Lah... Beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???

Merancang Holiday:
6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey?
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler... Senang sikit tak perlu naik flight...
6 tahun: JALAN-JALAN??? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!

TV:
6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun: JANGAN TUKAR-TUKAR BOLE TAK..??


 
p/s: betul ke cmni?? (*_*)

Khasiat Bendi

Bendi yang juga dipanggil kacang lendir ialah sejenis sayuran yang biasa didapati di pasar. Sayur bendi selain enak untuk dimakan secara goreng, juga amat sedap dicampur ke dalam kari ikan. Lebih-lebih lagi kari ikan “tongkol”. Namun begitu tidak ramai yang tahu akan khasiatnya. Sebenarnya biji bendi boleh dijadikan sebagai alternatif kepada kopi. Baik bagi mereka yang ingin mengelakkan kafein dalam kopi. Daunnya juga boleh dimakan sebagai sayur.
 
Bendi juga baik untuk fungsi otak. Ia dapat menambahkan daya ingatan serta daya kecergasan otak. Lepas ni, sesiapa yang tidak mahu cepat nyanyuk tu, bolehlah beli sayur bendi banyak-banyak. Bukan untuk orang-orang tua sahaja, malah orang muda pun sekarang dah cepat sangat lupa. Maklumlah, zaman sekarang ni banyak unsur-unsur kimia berbahaya yang terdapat dalam makanan terutama makanan segera.

 

 
Kegunaan Bendi:

Ambil biji, akar dan bunga dan rebuskan. Air rebusan itu apabila diminum boleh menjadi ubat seperti berikut:
  • Melawaskan pembuangan air kecil
  • Boleh meredakan bengkak dan radang
  • Meringankan masalah susah bersalin (dijadikan selusuh)
  • Mengubati penyakit gonorea
  • Mengubati sifilis
  • Apabila dicampur dengan gula, boleh dijadikan sebagai sirap ubat batuk dan ubat sakit kerongkong.
  • Untuk mengubati bisul dan kudis, boleh gunakan air rebusan itu untuk menyapu pada tempat yang berkenaan.

Segmen : Jom Singgah Blog Saya

p/S : bleh klik pic kat atas ye..


Yok join sekali.. Hari ni Last..hehehe


Dapat la meramaikan kenalan..hehehe
Url Blog : http://norcahayadiyana.blogspot.com/

P/s : Jangan Lupe terjah k.. (=




 


Khamis, 26 April 2012

Jom Join Bloglist Sahabat Hackers

p/S : bleh klik pic kat atas ye..


hARI NI BANYAK BETOL cik Cahaya join segmen bagai.. tp terjumpe plak segmen dari hacker. bile bercakap tentang hacker, teringat plak zaman2 belajar dulu wat program i-Hack 2010. program tu nak tengok la cmner skill2 hacker kat Malaysia ni.. Woooww, yang join semua teror2 n yang la best, ToTal Hadiah RM24000.. Banyak tu.. Cik Cahaya yang hanya jadi sekretariat pon terliur..hehehe(Incik Hacker ada join x program tu?)hehehe okay, dah jauh tersimpang ni.. jd tengok syarat2 KAT BAWAH nI YE..

Syaratnya sangat mudah untuk korang ikut.

1.Ambil gambar diatas dan linkkan gambar tersebut ke blog ini.

2.Letak tajuk : Jom Join Bloglist Sahabat Hackers

3.Yang tak follow blog Hackers boleh menyertainya.

4.Korang nak tagkan kepada kawan-kawan pun boleh..Suka hati koranglah ye..

5.Berikan komen anda mengenai blog ini dan apa yang perlu diperbaiki lagi. 1-2 sebab sudahlah.

6.Dah siap entry yang korang buat itu, letakkan link anda diruangan komen dibawah.

7.Tarikh tutup : Esok kot...Bila-bila masa akan ditutup ikut selera Hackers.

8.Faedah untuk join : 1 Tahun Bloglist ini akan dikekalkan di blog ini.



Komen :

rasanya blog hAckers mmg dah tip top.. tp paling suka tag line incik hacker " Jangan Takut, Aku Hackers Baik Punyer!!" cOmey sungguh... (=



 
Tag :



AmerCorner 1st Giveaway

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum wbt.



Syarat-Syarat :

 
@Kena jadi follower Amercorner

- SEMESTINYA LAH DAH fOLLOW..hehehe
@Buat satu entry paling simple tentang giveaway ini bersertakan gambar diatas.(gambar komik)

- ni dAh wat..hehehe

@Then jangan lupa linkkan blog entry ini dalam entry korang k.

- PoN sudah..hehehe

@Sila tinggalkan URL blog korang kat komen k.

- PoN sudah..hehehe

@Wajib tag sekurang2nya seorang je kawan korang and makesure dorang tahu dorang ditag

tAgged:
@blogger warganegara Malaysia

-yEp, 100% WArganegara Malaysia..

 
Tempoh Giveaway ini...

bermula 20-4/ tammat 30-4 11.59pm





Khasiat Bawang Putih Yang Tersendiri

Bawang putih bukan sekadar penyedap masakan. Malahan ia berkhasiat untuk kesihatan manusia. Khasiatnya telahpun diketahui pada tahun 5000 sebelum Masihi berdasarkan tulisan-tulisan purba orang-orang Babylon, Greek, Roman dan Mesir.Orang-orang Mesir purba percaya memakan bawang putih setiap hari untuk mendapatkan tenaga dan ketahanan badan.


 

Pekerja yang membina piramid juga dikatakan banyak memakan bawang putih. Orang-orang Greek pula menggunakannya untuk memulihkan penyakit typhus dan dysentary iaitu penyakit berak darah serta mengelakkan jangkitan bakteria dan gangrene pada luka semasa perang.
Para saintis pula mendapati bahawa bawang putih mengandungi alliin, terbitan sejenis asid amino. Apabila ditumbuk atau dihancurkan bawang putih akan mengeluarkan sejenis enzim yang dipanggilallinase yang akan menukarkan alliin kepada allicin iaitu sejenis antibiotik yang mengandungi tindakan antibakteria yang bersamaan dengan 1 % penisilin. Oleh itu bawang putih sesuai digunakan untuk merawat luka-luka. Memakan bawang putih dengan kadar yang tetap akan memberi perubahan yang besar kepada pesakit jantung aterosklerotik. Ianya juga dikatakan boleh mengurangkan tekanan darah kerana metilalil trisulfat yang terdapat pada bawang putih berfungsi mengembangkan dinding pembuluh darah. Kajian juga menunjukkan bahawa bawang putih menipiskan platelet darah dengan menghalang pengumpulan darah. Oleh itu serangan jantung dapat dielakkan. Bawang putih juga agen anti kulat. Ia berkesan untuk merawat jangkitan kulat yang sering dihadapi oleh ahli-ahli sukan di bahagian kaki mereka (Candida albicans). Ianya juga berkesan mengelakkan jangkitan 20 % kulat lain.

Satu kajian di China menunjukkan bawang putih berkesan untuk menyembuhkan penyakit Cytococcol Meningitis, iaitu sejenis penyakit radang otak yang berbahaya. Bawang putih juga boleh menyembuhkan penyakit selsema dan demam selsema. Allicin yang bertindak menghalang tindakan bakteria di dalam saluran pernafasan. Dengan ini masalah hidung tersumbat dan influenza boleh diatasi. Bawang putih juga kaya dengan protein, vitamin A,C, tiamin dan galian-galian surih seperti tembaga, zink , kalsium,potassium, sulfur, germanium dan selenium.

Kegunaan bawang putih yang lain:

  • Membuang angin
  • Menambah dan mengawal selera makan
  • Mengurangkan sakit gigi,gusi dan gigi yang longgar
  • Merawat batuk dan batuk kering  
  • Merawat selesema
  • Merawat sakit telinga  
  • Menghalau serangga
  • Merawat bisul dengan menuamnya
Nota: Mungkin selama ini kita tahu bahawa bawang putih hanya berguna untuk masakan di dapur. Ataupun sebagai senjata untuk membunuh dracula atau vampire di dalam filem-filem hollywood yang belum jelas fakta kebenarannya tersebut. Sebenarnya, ternyata banyak khasiat dan kandungan dari bawang putih yang sangat berguna bagi tubuh kita. Jom manfaatkan khasiat bawang putih!

SEGMENT: SERIOUS FOLLOW BACK


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum wbt.


p/s : Klik banner kat atas utk join k.. :)

Tujuan utama join segment ni semestinya nak tambahkan kenalan.. Senang nak terjah blog2 yang lain..hehehe

Adakah segment ni membebankan?
jwpn :  Semestinya la TIDAK!!!!.. apa la.. lgpon xsusah pon.. dengan bebesar hati nak join..hik3


Tagged:


Tarikh tutup belom di tetapkan lagi.. Jadi cepat2 la join ye kawan2..hehehe

Sabtu, 21 April 2012

Lawak Nasi Lemak Dalam Bas Ekspress


Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun menaiki bas ekspres Kuala Lumpur-Kangar. Ibu itu berpesan pada pemandu bas “Encik… tolong tengokkan anak saya ya… Nanti kalau sampai di Ipoh…cakap pada anak saya.”

Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet sekali. Setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang disebelahnya.. “Sudah sampai Ipoh belom?” Hari mulai malam dan anak itu masih terus bertanya-tanya.. Penumpang disebelahnya menjawab..”Tidor aje la.. Belom sampai lagi ni.. nanti kalau sampai saya akan kejutkan!”


Tapi si anak tidak mahu diam… dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya, “Pakcik.. sudah sampai Ipoh ke belum?” Pemandu yang sudah keletihan menjawap soalan itu berkata.. “Belom! Tidur aja la! Nanti kalau dah sampai kat Ipoh….pasti dikejutkan.. !”


Kali ini, si anak tidak bertanya lagi, dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi.. semua orang di dalam bas lupa pada si anak, sehingga ketika sampai di Ipoh .. tidak ada seorang pun yang membangunkannya. Hinggalah melepasi Alor Setar.. si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun.


Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak. Lalu ia bertanya pada para penumpang… “Encik-encik dan puan-puan sekalian..bagaimana ni….perlukan kita hantar semula anak ini?”


Para penumpang pun merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si anak kembali ke Ipoh…Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju ke Ipoh .. Sesampai di Ipoh… si anak dibangunkan.


“Nak! Sudah sampai di Ipoh! Cepat bangun!” Kata Pemandu..


Si anak bangun dan berkata..”Oh sudah sampai ya!”


Lalu si anak pun membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan nasi bungkusnya, nasi lemak.. Seluruh penumpang kehairanan.. . “Bukankah kamu hendak turun di Ipoh?” tanya pemandu kebingungan.


“Tidak lah.. mama saya pesan.. kalau sudah sampai di Ipoh .. saya boleh makan nasi lemak ni! nanti sampai Kangar, takut saya kelaparan”






p/s: Apakah perasaan anda jika anda ialah pemandu? hehehehe





Jumaat, 20 April 2012

Lawak Papan Tanda








18SX!!: Garu dadaku..

Selamat pagi uolls.... Apa kabar hari ni...?hehehe tibe2 post hari ni berunsurkan yg up 18thn plak..hehehe tp jgn risau.. xda apa yang tak boleh di pandang.. cumaaaaaaaaaaaaaaaa....hahaha
korang tafsirkan la sendiri... layan pic kat bawah ni ye....








 









tapi













 



sebelum tengok, mengucap dulu ye, takot bila dah tengok nnti uoolls muntah darah + terberak ijou plak..hehehe Kang Cik Cahaya plak di saman...hahaha










 







TADAAAAAAA~~~
















comey x?hehehe tolong garukan..~.hahaha
Gulrpppp~~

Rabu, 18 April 2012

Lawak Hantu

Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,




"Apsal kau ni asyik menggigil je?"

...

"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.



"Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah.



"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas Hantu B.



"Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab Hantu A sayu.



"Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih.."



"Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang."



"So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.



"Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.



Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,



"Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.

Selasa, 17 April 2012

Bahana Kawin Lewat

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum wbt..

Hah, Bior betol paper ni? hah, untuk incik2 yang bergelar lelaki.. jangan lambat2kan kawin ye.. kalau rasa nak anak kurang bijak.. sila la kawin lambat jangan malu2 dan segan2. Dipersilakan dengan segala hormatnya.....hehehehe


cute


Alahai, comey sungguh la... anak sapa la ni.. baju pon comey.. mesti terkedek budak ni jalankn?hehehe seriusly rasa nk cubit2..hehehehe

Isnin, 16 April 2012

Quote Comel



بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum wbt.



hEhehe...
comey sungguh la ayat ustaz Azhar Idrus ni..  So, ingat kawan2, TAK COMEL XPE.. (= yang penting kita bahagia dengan dia... sama2 terima kelebihan dan kekurangan masing2...




Siaran Langsung Pelancaran Proton Preve 16 April 2012


Proton Prevé (P3-21A) akhirnya sudah tiba di beberapa bilik pameran Proton Edar, dimana pelancaran rasmi Proton Prevé akan dilaksanakan pada 16 April 2012 oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak. Proton Prevé bakal dijual dalam anggaran harga RM65,000 – RM75,000 bergantung pada spesifikasi model.

Prevé (disebut Prae-vae) adalah pinjaman perkataan Sepanyol yang bermaksud Proof / to Prove ( bukti/ untuk membuktikan). Proton ingin menyatakan mesej bahawa Proton Prevé ini adalah bukti hasil komitmen mereka dalam memartabatkan industri kereta nasional sepanjang 27 tahun dan menghasilkan produk bertaraf global.

Anda boleh tonton siaran langsung pelancaran Proton Prevé pada hari Isnin, 16 April ini di RTM TV1 jam 9.30 malam.


P/s: nak tengok ni.. mana la tau muka Mr A ada terselit..hehehe~

Ahad, 15 April 2012

BuLan & kAsih sayang

  • Mudah jatuh cinta terhadap individu yang mempunyai daya tarikan
  • Mudah melupakan perasaan cinta terhadap orang yang dicintai sekiranya dikhianati 
  • Sukar setia pada yang satu.
  • Pandai mengambil hati pasangannya tapi mudah melukai pasangannya 
  • Selalu berdiam diri ketika bertemu dengan pasangannya.
  • Bersikap romantik tapi tidak pandai memperlihatkannya.
  • Sikap cemburu yang tinggi terhadap pasangannya tapi tidak kisah sekirannya pasangannya cemburu terhadapnya.
  • Bakal jadi seorang bapa atau ibu yang penyayang.
  •  - Kebanyakan bangsa Cina yang ramai lahir dalam bulan ini.

Bulan Mr A
  • Sukar untuk jatuh cinta tapi mudah untuk mengkhianati pasangan.(wah2, biso bonar ni?)
  • Amat hormat kepada pasangan.( Terima Kasih sayang.. ♥ u )
  • Amat suka memikat pasangan.( hehehehe )
  • Jujur dan berterus terang dalam perhubungan.( Terima Kasih atas segalanya )
  • Sentiasa nekad untuk bersama dengan pasangannya ( )
  • Sangat romantik pada dalaman dan bukan pada luaran ( hAppy wiTh you )
  • Patuh kepada pasangannya dan selalu menjaga hati pasangan. ( Dia selalu buli saya..uhuk3.. hehehe )
  • Kurang beremosi terhadap pasangannya. ( huuurrrmmm... no komen )
  • Amat menjaga penampilan diri dan pasangannya. ( Hehehehe )


  • Mudah menawan hati pasangannya.
  • Sentiasa ingin didampingi oleh pasangannya.
  • Sangat pemalu dalam meluahkan isi hati
  • Sangat baik dalam menjaga perhubungan
  • Amat sukar melupakan pasangan yang dicintai.
  • Persaan cemburu yang minima.
  • Sangat manja dan sering ingin dimanjai pasangannya.
  • Mudah memilih pasangan tanpa berfikir dengan waras.
  • Sentiasa mengharapkan keistimewaan dari pasangan.
  • Suka menuduh melulu tanpa usul periksa.
  • Berprasangka terhadap pasangan.
  • Kebanyakkan orang Eropah lahir dalam bulan ini.

  • Individu yang amat sukar untuk jatuh cinta dan amat memilih pasangan. ( Mesti la memilihkan.. )
  • Selalu memendam perasaan terhadap individu yang dicintai. ( hehehehe )
  • Sukar dan malu dalam meluahkan isi hati. ( Betol x Mr A ? )
  • Sentiasa ingin diberi perhatian. ( 100% + sejuta lemon2 %.. hehehe )
  • Amat cemburu dalam perhubungan. ( Saya mmg kuat cemburu...)
  • Kesetiaan teguh terhadap pasangannya. ( saya hanya ♥ Mr A )
  • Emosi cepat terusik dan mudah terluka. ( Emosi terlebih, sabar aje la Mr A melayan. )
  • Sentiasa menjaga hati pasangan dan pandai memujuk. ( hehehehe )
  • Romantik dan terlalu romantik ( mau tergelak2..hehehe )
  • Sukar melupakan pasangan walaupun dilukai. ( Memang sangat2 benar )
  • Sukar berlaku curang dan amat menyayangi pasangan. ( Saya sayang dia seorang )
  • Kebanyakan orang yang lahir dalam bulan ini boleh dianggap ‘hamba cinta’ seperti Laila, Juliet, Siti Zulaikha. ( Wahhhh... )

  • Amat mudah jatuh cinta.
  • Baik dan jujur dalam perhubungan.
  • Pandai menarik hati pasangan.
  • Perasaan cinta yang mendalam.
  • Mudah untuk dipujuk.
  • Kurang suka untuk sentiasa bersama.
  • Mudah menerima cinta seseorang.
  • Pilihan yang tepat dalam berpasangan.
  • Nekad untuk menjaga hubungan yang baik.
  • Pandai mengatur hidup pasangan (bukan Queen Control atau King Control)
  • Suka mengangankan sesuatu yang indah bersama pasangan.
  • Sentiasa dahagakan kasih sayang dari pasangan tapi tak pandai memperlihatkan.
  • Ambil berat dalam menjaga hubungan.

  •  Amat pandai menjaga hati pasangan sekiranya dia perempuan.
  • Sukar melukai dan memahami hati pasangan.
  • Mudah jatuh hati tapi terlalu memilih.
  • Cerewet dalam hubungan.
  • Selalu beremosi.
  • Mudah merajuk dan mudah di pujuk.
  • Cepat rasa bosan dalam percintaan.
  • Kurang yakin dalam perhubungan.
  • Selalu melindungi pasangan dari kritikan atau umpatan orang.
  • Elok untuk menjadi Ibu yang baik.
  • Dahagakan pujian dari pasangan.
  • Amat suka didampingi pasangan.
  • Sukar dimengerti oleh pasangan.
  • Sentiasa menjaga maruah diri, pasangan dan perhubungan.
  • Amat mudah dipujuk dan berterus terang.
  • Amat menghargai kesetiaan pasangan.
  • Mengambil berat dan mengasihi pasangan
  • Berkebolehan untuk meluahkan isi hati terhadap individu yang dicintai,
  • Mudah terluka dan lambat untuk pulih.
  • Suka merajuk dan dipujuk.
  • Setia terhadap pasangan.
  • Suka mendengar dan tidak suka membantah.
  • Cemburu terhadap pasangan.
  • Suka menilai dan menjaga perhubungan.

 

  • Tidak serius dalam perhubungan
  • Mengambil mudah dalam perhubungan
  • Kesetiaan di ragui.
  • Pandai memujuk pasangan
  • Suka memimpin pasangan.
  • Romantik, Pengasih dan Penyayang.
  • Kelam kabut dalam perhubungan.
  • Sering bertukar pasangan
  • Sukar mencari pilihan yang tepat
  • Sangat sensitif dan tahap cemburu yang minima.
  • Mudah meluahkan kat cinta pada sesiapa yang berkenan. 
  • - Kebanyakan bangsa Bani Israel dizaman Arab Jahiliyah yang lahir dalam bulan ini.


 
  • Bersopan dalam hubungan
  • bertolak ansur terhadap pasangan
  • Suka mengkritik pasangan
  • Sangat prihatin terhadap pasangan
  • Sangat sensitif dan emosi
  • Pandai memahami pasangan
  • Kurang menunjukkan perasaannya terhadap pasangan
  • Amat memilih pasangan
  • Sukar melupakan sekiranya hati terluka.
  • Mudah simpati dengan perasaam dan masalah pasangan.

 

  • Amat suka berkomunikasi dengan pasangan.
  • Suka disayangi dan menyayangi pasangan.
  • Sopan terhadap pasangan.
  • Jujur dan jarang berpura-pura dengan pasangan.
  • Mudah terluka hati sekiranya pasanangan ada melakukan kesalahan terhadapnya.
  • Sukar menerima pandangan pasangan.
  • Emosi yang mudah terusik.
  • Pengasih, Penyayang terhadap pasangan.
  • Cemburu dan terlalu cemburu.
  • Romantik
  • Memahami pasangan.
  • Kebanyakan bangsa melayu yang lahir dalam bulan ini.
 
  • Banyak helah dalam menghadapi pasangan.
  • Cermat dan teliti dalam menjaga perhubungan.
  • Amat berahsia dengan pasangan dan sesiapa.
  • Degil dan engkar dengan pasangan.
  • Tidak suka dikongkong oleh pasangan.
  • Mudah ambil berat terhadap pasangan.
  • Tidak menghargai perhubungan.
  •  Sambil lewa dalam perhubungan.
  • Emosi yang mendalam dan tidak romantik langsung.
  • Perangai tidak dapat diramal terhadap pasangan.
  •  Kurang menhargai pasangan dan hal-hal percintaan.
  • Kurang bersama dengan pasangan.


  • Pemurah terhadap perhubungan
  • Mudah jatuh cinta dalam masa yang sama.
  • Tergesa-gesa dalam perhubungan
  • Suka didampingi oleh pasangan.
  • Benci dikongkong.
  • Berbakat untuk kahwin lebih dari satu (utk lelaki)
  • Suka mempengaruhi pasangan
  • Curang dalam percintaan.
  • Kurang berkerjasama dengan pasangan.
  • Selalu cuba untuk mencari pasangan yang baru
  • Mudah menipu dan tidak jujur terhadap pasangan.
Sumber: Rahsia Kasih Sayang Berdasarkan Bulan Kelahiran

ELAK KECURIAN, DI ROMPAK DAN DI ROGOL DALAM RUMAH SENDIRI.

Banyak kes pecah rumah dan ada ahli keluarga dibunuh atau dirogol oleh perompak. Muhasabahkan diri kita. Adakah kita pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua dalam keluarga menentukan anak-anak dan isteri kita selamat ketika tidur waktu malam hari? Adakah kita pernah memagar rumah kita secara fisikal dan dipagari dengan pendinding ayat Al-Quran.

Rumah yang dipagar dengan keluli atau mangga solex, sekiranya perompak menggunakan ilmu sihir boleh membuka semua kunci. Kerana ilmu sihir itu kerja iblis dan syaitan. Terutama perompak dari Indonesia yang mahir menggunakan ilmu sihir memukau dan pembuka kunci. Hanya dengan menepok mangga ia terbuka tanpa kunci. Jadi mari kita pagar rumah kita dengan ayat suci Al-Quran dan baca tip pencegahan ini.



Tips menghalang kecurian.

(1) Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).

(2) Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).

(3) Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12:00 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan Petaling Jaya).

(4) Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

(5) Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama ...).

(6) Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, in case terjaga tengah malam, cuba on and off kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa alert).

(7) Tekan button merah alarm kereta anda jika anda suspect pencuri sudah masuk ke dalam rumah.

(8) Sekiranya terlihat orang-orang yang agak aneh dan asing di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala).

(9) Pesan kepada jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah kita dan mengaku saudara kita bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefor pejabat anda kepada jiran supaya mereka boleh double check dengan kita.

(10) Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam bilek tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

(11) Adakan senarai nombor telefon kecemasan seperti polis kawasan anda, bomba kawasan anda, 999 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafalkan nombor tersebut. Ini memudahkan anda membuat panggilan telefon.

(12) Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.

(13) Lampu porch & lampu belakang rumah sepatutnya terpasang secara automatik bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi bercuti.

(14) Kalau cuti lama, pesan jiran kutip surat-surat dalam peti surat. Peti surat yang penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

(15) Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.

(16) Kereta Proton adalah paling mudah dicuri. Kalau kereta anda brand new, sekurang-kurangnya anda perlu lock gear & steering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi akan berjaya melambatkan pencuri).

(17) Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua in case berlaku kebakaran.

(18) Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.

(19) Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.

(20) Kalau sewa rumah baru pastikan anda tukar padlock baru, mana tau bekas-bekas penyewa lama simpan kunci pendua.

(21) Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.

(22) Pastikan keadaan selamat sebelum buka pintu rumah (Tak kira siang atau malam, terutamanya balik lepas 11:00lam).


P/s : Jadi, BEWARE kawan2 semua .. pastikan, bila balik ke rumah. terus mangga n kunci pintu k.. (=

Kenapa tak jadi di culik ?

Ayah: kau balik naik kereta sape tadi hah??



Anak: tak tau la,diorang cakap diorang tuu penculik


Ayah: hah! Penculik!? Habis kenape diorang hantar kau balik plak??


Anak: sebab saya bagitau pekerjaan ayah laa


Ayah: ape yg kau bagitau kt diorang??

Anak: saya cakapla ngan jujur yg ayah nie pemalas,keje tido jer, penganggur, makan sekali sehari itupun nasi dgn kicap, tuu yg diorang hantar balik,nie hah siap belikan nasi goreng dan bagi RM10 ni buat belanje sekolah..


Ayah: !@#$&*