Kawan Baik Cik Cahaya ♥

Sabtu, 9 Mac 2013

Kisah pensil & pemadam~~


Pensel : Saya minta maaf.

Pemadam : Untuk apa? Awak tak buat salah pun.

Pensel : Saya minta maaf disebabkan saya,
awak cedera. Setiap kali saya buat silap, awak
pasti berada di situ utk membetulkan kesilapan
saya. Tapi setiap kali awak memadam kesilapan
saya, awak kehilangan sebahagian dari diri
awak. Awak menjadi semakin kecil.

Pemadam : Itu betul, tapi saya langsung tak
kisah tentangnya kerana saya dibuat utk
membetulkan kesilapan yang awak buat.
Walaupun suatu hari nanti saya tahu yang saya
pasti akan hilang, saya berbangga dengan kerja
saya ini. Jadi janganlah risau. Saya tak mahu
melihat awak bersedih.

# Ingatlah, ibubapa kita juga boleh diibaratkan
sebagai Pemadam manakala kita pula sebagai
Pensel. Mereka sentiasa berada di sisi kita,
membetulkan segala kesilapan yang kita
lakukan..mereka adalah ibarat pemadam terbaik
untuk anak-anak mereka..Selagi mereka hidup
jangan sia-siakan mereka... 

Sayang mak & abah...
Tak sabarnya nak balik... cepat la akhir bulan... uhuk3

Ahad, 3 Mac 2013

Sawang labah-labah

Ish... tebal betul sawang kat blog ni, siap beranak-pinak labah-labah..heheee.. maaf lah.. sejak dah bekerja.. xda kesempatan nak menconteng blog ni.. padahal banyak je benda yg nak dikongsikan..huhuhu

Diam x diam, tahun baru 2013 dah menjejakkan kaki ke bulan 3.. wahhh.. cepatnya!!!!!!..bulan depan dah bulan 4, bulan 4 bermaksod bulan april, bulan april bermaksod bulan kelahiranku, bulan kelahiran bermaksod umor makin bertambah... oh tidak!!!!!

Tp.tp.tp.tp. walaupon dah nak masok umor baru, nampak masih mudakan kan kan? P/s : sila rujuk gambar dibawah untuk bukti...Tetttt..( sila angguk okay.. ).baru la cik cahaya sayang..hehehehee

Lepas ni, akan cuba sedaya upaya untuk update.. rasanya boleh sbb dah download app utk blogger..haaaha kan senang..lalalala...