Dalam tidak sedar, setiap hari kita memohon dalam solat kita tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami. Sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini.
Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat. Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku). Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah.
Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah. Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan. Kemudian sampaikanlah permintaan kedua, Warhamni (sayangi aku). Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya.
Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima. Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan-permintaan berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..
Wajburnii (tutuplah aib-aibku)Warfa'nii (angkatlah darjatku)
Warzuqnii (berilah aku rezeki)
Wahdinii (berilah aku petunjuk)
Wa'Aafinii (sihatkan aku)
Wa'fuannii (maafkan aku)
betapa besarnya nilai doa ini, sebuah doa yang kita hanya remehkan begitu sahaja.
7 comments:
curi ek? hehe..
kite xcuri tau..
kite amik kt fb..
xbek tuduh tau.. :P
tpkn,
apa salahnya yg bek di kongsi2kn??
haha.. gurau je.. jgn mara ek.. huhu..
hehehehe
xmarah..
tp nk kene piat ni..
ngegege~~
:D
Salam.
Terima kasih, baru perasan. Haah, kadang2 hanya terucap di bibir je, tanpa menyelami maksud di dalam hati.
InsyaALLAH, lepas ni akan cuba menyelami maksud2 ni dalam hati.
Salam...
sama2~
benda yg baik..
kite sebar2kn..
insyaALLAH,lepas ni boleh la amalkan pula..
syg jika hanya menyebut tanpa menghayatinya makna di sebaliknya...
(=
Satu penerangan yang amat menarik..dan memberi kesedran..t.kasih..
Catat Ulasan