Kawan Baik Cik Cahaya ♥

Sabtu, 9 Mac 2013

Kisah pensil & pemadam~~


Pensel : Saya minta maaf.

Pemadam : Untuk apa? Awak tak buat salah pun.

Pensel : Saya minta maaf disebabkan saya,
awak cedera. Setiap kali saya buat silap, awak
pasti berada di situ utk membetulkan kesilapan
saya. Tapi setiap kali awak memadam kesilapan
saya, awak kehilangan sebahagian dari diri
awak. Awak menjadi semakin kecil.

Pemadam : Itu betul, tapi saya langsung tak
kisah tentangnya kerana saya dibuat utk
membetulkan kesilapan yang awak buat.
Walaupun suatu hari nanti saya tahu yang saya
pasti akan hilang, saya berbangga dengan kerja
saya ini. Jadi janganlah risau. Saya tak mahu
melihat awak bersedih.

# Ingatlah, ibubapa kita juga boleh diibaratkan
sebagai Pemadam manakala kita pula sebagai
Pensel. Mereka sentiasa berada di sisi kita,
membetulkan segala kesilapan yang kita
lakukan..mereka adalah ibarat pemadam terbaik
untuk anak-anak mereka..Selagi mereka hidup
jangan sia-siakan mereka... 

Sayang mak & abah...
Tak sabarnya nak balik... cepat la akhir bulan... uhuk3

0 comments:

Catat Ulasan