Kawan Baik Cik Cahaya ♥

Selasa, 1 Mei 2012

Di Sebalik Ketampanan Lelaki Membela Janggut

Siapa dalam kalangan Pembaca wanita yang singgah kat Blog Cik Cahaya yang sukakan lelaki berjanggut? Cepat Angkat tangan!( Cik Cahaya Awal2 lagi dah angkat) Heehe.(*^-^*) Cik Cahaya awal2 lagi dah angkat tangan sbb Cik Cahaya sendiri suka Mr A saya tu berjanggot.. sejempot pon xpe la.. janji ada.. Nmpk Mr A lebih matang..ngeh3~ Lagipon membela janggot ni kan sunnah Rasullullah..

Sabda Rasulullah SAW,
 ”Cukurlah kumis dan peliharalah janggut.” (HR. Muslim)

Tapi tahukah pembaca sekalian di sebalik sunnah Rasulullah ini terdapat satu bukti saintifik tentang apa yang disunnahkan oleh Nabi kita sejak lebih seribu tahun dahulu.

Dr Jamnul Azhar Mulkan, seorang doktor perubatan, pemilik rangkaian klinik juga seorang pendakwah, dalam satu ceramah, mendedahkan hasil kajian yang sangat luar biasa mengenai khasiat janggut. Ia bukan tunggul gerigis, bukan penyeri atau penyerabut wajah tetapi jauh lebih hebat daripada itu.
Menurutnya, kajian oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat yang berjudul The Amazing Fact of Human Body mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita.

Dalam kata yang lain, janggut lelaki juga boleh meningkatkan tahap kegalakan wanita pasangannya. Hanya melalui sentuhan. Jadi kepada sesiapa yang belum punya anak kerana ada masalah kesuburan, ataupun jarang anak dan mahu dirapatkan lagi, mintalah suami simpan janggut, dan belailah selalu janggut suamimu itu.

Ini sekali gus jadi bukti apa yang disaran oleh Islam sejak zaman silam, boleh dibuktikan secara saintifik akan hikmah dan kelebihannya. Tapi, dinasihatkan kepada lelaki yang membela janggut ini, jagalah kebersihan dan rapikan selalu janggut tu. Jangan nanti apabila makan sup, dengan janggut-janggut sekali masuk dalam sup itu. Hehe.(*^-^*)



p/s : Ustaz Azhar Idrus pandai jaga janggutnya.. Kemas & Rapi je..kan kn?

0 comments:

Catat Ulasan