Kawan Baik Cik Cahaya ♥

Isnin, 16 April 2012

Siaran Langsung Pelancaran Proton Preve 16 April 2012


Proton Prevé (P3-21A) akhirnya sudah tiba di beberapa bilik pameran Proton Edar, dimana pelancaran rasmi Proton Prevé akan dilaksanakan pada 16 April 2012 oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak. Proton Prevé bakal dijual dalam anggaran harga RM65,000 – RM75,000 bergantung pada spesifikasi model.

Prevé (disebut Prae-vae) adalah pinjaman perkataan Sepanyol yang bermaksud Proof / to Prove ( bukti/ untuk membuktikan). Proton ingin menyatakan mesej bahawa Proton Prevé ini adalah bukti hasil komitmen mereka dalam memartabatkan industri kereta nasional sepanjang 27 tahun dan menghasilkan produk bertaraf global.

Anda boleh tonton siaran langsung pelancaran Proton Prevé pada hari Isnin, 16 April ini di RTM TV1 jam 9.30 malam.


P/s: nak tengok ni.. mana la tau muka Mr A ada terselit..hehehe~

0 comments:

Catat Ulasan