Kawan Baik Cik Cahaya ♥

Sabtu, 14 April 2012

Wanita Beremosi Ketika Haid


بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum wbt..
Kalau ditanya apa yang anda tahu tentang datang bulan, period dan haid kepada wanita. confirm la mereka boleh jawap dengan berjayanya.. silap2 dapat FULL mark..hehehe

tapi Kalau ditanya apa yang anda tahu tentang datang bulan, period dan haid kepada lelaki,ada sahaja jawapan yang bermain di kepala.Malah ada yang berani tampil membuat kenyataan tentang buruknya seorang wanita ketika haid.

Datang bulan,haid,atau period adalah satu kemestian bagi setiap perempuan normal yang telah mencapai akil baligh.Malah dalam proses datang bulan itu,psikologi wanita adalah satu perkara yang sangat abstrak dan terlalu sukar diduga.Secara psikologinya,wanita menjadi 'bukan dirinya' ketika period.Mereka akan menjadi marah dan sedih tidak tentu pasal,sedih dan kemurungan yang melampau,dan sering menyalahkan orang sekeliling termasuk orang tersayang(Mr A saya..) jAdi, untuk sang arjuna.. boleh la gunakan tips kat bawah ni ye.. (=


LAYAN DENGAN PENUH ISTIMEWA

1. Jangan sesekali membangkang kata-katanya saat ini.Jadilah pendengar yang setia dan buailah kata-kata romantis agar kesakitan yang dialami dapat dikurangkan.

2. Wanita lebih cenderung untuk mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati ketika ini.Bagi lelaki yang tidak sabar mendengar leteran tentunya mendapati hari-hari adalah paling membosankan.

3. Anda perlu ketahui simptom yang dihadapi wanita ketika datang bulan.Sedikit sebanyak akan membantu anda mengetahui lumrah biologi wanita.

4. Sediakan mereka makanan yang boleh membantu mengurangkan sakit dan mengurangkan perubahan hormon seperti minuman berkafeina,coklat,soda atau makanan mengandungi gula yang banyak.

5. Jangan buat lawak bodoh semasa wanita datang bulan.Antara lawak yang dilarang sama sekali,"Awak kalau tengah senggugut mesti muka ada iras nenek kebayanlah".Bersiap sedialah untuk dimarahi.

6. Apabila si dia merajuk kerana perkara kecil,jangan anda pula yang merajuk.Elak sesekali memberi alasan,"Saya juga ada period saya tersendiri".Sentiasalah mengucapkan kata-kata yang menyenangkan hatinya.

7. Bagi anda yang baru menjalinkan hubungan dengan seseorang wanita,jangan terkejut apabila wanita yang mulanya dikenali sebagai seorang yang lemah lembut bertukar menjadi seorang kasar dan beremosi.Jangan menjauhkan diri tetapi bagi masa sehingga mereka kembali kepada asal.


FAKTA WANITA DAN HAID

• Dianggarkan sebanyak 50% wanita mengalami kesakitan dan kekejangan yang teruk pada awal kedatangan haid dan hilang selepas satu atau dua hari tanpa menjejaskan aktiviti harian.

• Ramai wanita mengalami kekejangan uterus semasa tempoh ini (kekejangan teruk atau simptom lain sikenali sebagai senggugut (dysmenorrhea).

• Dari segi kesihatan,kulit manusia mengandungi nilai PH yang berfungsi sebagai imuniti.Tuala wanita sebenarnya mengandungi alkali tinggi dan boleh menyebabkan alahan kulit,wanita menjadi kurang subur.Para suami,jika anda disuruh membeli tuala wanita,bijaklah memilih yang sesuai.

• Demam,rasa gatal pada alat sulit,celah kangkang,paha,menjejaskan pundi kencing dan boleh kadangkala berlakunya jangkitan pada saluran kencing antara masalah ketika wanita datang bulan.

• Tidak boleh melakukan persetubuhan seperti ditetapkan dalam Al-Quran.Ini juga untuk mengelak dijangkiti dan memindahkan pelbagai penyakit seperti penyakit kelamin.Kebanyakan pasangan yang melakukan hubungan seksual ketika haid mengadu kesakitan dua kali ganda daripada biasa.

0 comments:

Catat Ulasan